Wednesday, April 23, 2008

Assalamualaikum. Hmmm tak tahulah nak cakap macam mane tapi memang sangat homesick skrg. Kalau homesick memang teringat lagu Azimat Ibunda nyanyian Far East. Suka lagu tu. Tentang ibu. Tapi abah pun ingat jugak (abah jangan sedih, yong pun rindu kat abah). Semalam baru dapat elaun. 920USD. Alhamdulillah.Dapat lah bayar duit ibu dengan abah sebab hari tu pinjam dulu untuk beli tiket balik. Tapi before dapat duit takde rase susah pun. Duit ade je. Duit yang ibu bagi pun ade lagi InsyaAllah kat dalam bank. Hari tu tak abes ambik. Sakinah perlu teruskan mujahadah study. Practical Anat banyak kena hafal. Bimbang jugak Physiology written.Tak pelah kita usaha je. Bak kata Kak Hanim, kita buat ape2 ni biar sungguh2. Makan sungguh2, blajar sungguh2 walaupun sampai nak pengsan2. (hihi). Lagi satu setiap ape yang kita lakukan, mesti ade sincerity, correctness, tastefulness and completeness. Usaha kita tu perlu ade 4 benda ni. Barulah Allah boleh nak terima dan kabulkan permintaan kita. Bukan usaha ckit2 je. Harap sangat usaha kita ni sentiasa diiringi redha Allah. Tak nak kita buat ni sia2 saje. Dapat kebaikan kat dunia je. InsyaAllah untuk tabungan hari Akhirat jugak. Kita perlu banyak menyimpan. Bukan hanya untuk bank dunia malah lagi lebih untuk bank Akhirat. Orang Mukmin ni sangat beruntung sebab kuasa membeli dikuasai oleh Allah sendiri. Dahlah Allah yang beri kita nikmat2 yang tak ternilai. Malah Allah nak beli pulak usaha kita dengan syurga. Maksudnya, kalau kita berusaha bersungguh2 dalam mengabdikan Allah S.W.T, Allah akan beli usaha kita tu dengan menawarkan pulak syurga. Nampak tak, kita tak rugi pun. Sebagaimana yang Allah firman dalam Surah At-Taubah ayat 111. Maksudnya, sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalamTaurat , Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah kemenangan yang agung. Tu lah sedikit sebanyak peringatan daripada Sakinah. Dan ini pun untuk diri sendiri jugak.
Assalamualaikum. Sakinah skrg tengah dengar lagu Sahabat Sejati nyanyian UNIC. Lagu tentang sahabatlah. Ade satu part tu dia sebut, “Teman maafkan jika ku melukaimu”. Semua orang faham perkataan ni. Hmmm, terasa jugak. I am not perfect one. Sakinah ade buat salah dengan rakan2. Kadang2 tak sedar. Mulut ni, mungkin ade certain2 mase mengeluarkan perkataan yang tak baik dan mengguriskan hati rakan. Atau pun perbuatan kita terhadap rakan2. Maaf rakan2. Tapi puncanya pun kadang2 memang silap kita. Tapi rasenya daripada pihak lagi satu pun ade jugak (ye, mesti ade). Sahabt2 sume2, maafkan diri Sakinah. Memang ade buat salahpun pada kalian di sepanjang kita berkawan. Maafkanlah sahabatmu ini. Maryam, Ayu, Husna, Huda, Nusaibah, Chep,Mirah Jalil, Teddy, Wani, Ain dan lain2. Manusia ni lemah. Tahap sabar die tak kuat. Kalau Nabi Muhammad S.A.W tu lain. Nabi memang ma’sum. Jadi akan terjadilah benda2 yang tak best. Gaduh, perang dingin, tak tegur2. Hmmm, tapi kalau kita sabar, alangkah baiknya. Allah lebih sayang kat kita kalau kita sabar. Benda yang kita marahkan pun kadang2 ckit je. Himah rendah je. Tak penting pun. Syaitan tu ade je. Suka nak api-apikan orang. Dahlah tengah marah, lagi dia kuat asut manusia. Dalam hadis Rasulullah S.A.W, nabi kata, mereka yang kuat adalah mereka yang dapat menahan marahnya. Nampak tak kenapa ditunjukkan marah tu perlu sangat2 dielakkan. Marah ni bawa keburukan, bukan pada orang lain je pade diri kita pun same (nanti, ABP tinggi, pastu COP pun tinggi jugak, pastu bawa banyak darah memberikan warna merah pada kulit muka ketika marah, hihi23x). Dalam hadis yang lain pun, Rasulullah S.A.W pun ade bersabda, Allah lebih sayangkan mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah. Kuat tu bukan dari segi fizikal je. Dari segi jiwa pun kena highlight jugak. Maksudnya, kalau kita dapat menahan marah kita termasuklah dalam golongan orang yang kuat. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Imran ayat 133 dan 134, maksudnya Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa, iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan. Kat dalam ayat ni, Allah ade mention tentang memaafkan kesalahan orang lain, tergolong dalam orang2 yang bertakwa. Dalam ayat ni pun cerita, cam mane nak dapatkan takwa ni. Rasenya senang ke susah? Mungkin cakap je senang tapi nak aplikasi tu yang payah. Tapi kita takkan nak biarkan macam tu sahaja. Kita kena usaha. Allah pandang pada usaha, dan Allah tak pandang pada natijah. Yang paling penting kita cuba ubah diri kita. Kita hiasi diri kita dengan sifat memaafkan orang lain ni. InsyaAllah, Sakinah pun akan cuba jugak. Kita same2 berusaha. Kita bukan sahaja aplikasikan pada rakan2, malah pada semua orang yang kita kenal. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah berkati usaha kita untuk berubah. Amiiiiin.

Sunday, April 20, 2008

nasyid jugak

Ni lagi satu nasyid yang Sakinah suka jugak. Nyanyian M.Husayyan. Tajuk die Mawlay.

: Mawlay

Mawlaya Ya Mawlay
Mawlaya Ya Mawlay
Mawlaya Ya Mawlaya
Mawlaya Ya Mawlaya
Mawlay

Mawlaya Inni Sairun
Lid Dini Hatman Sairun
Fal Qudsu Sohat Ghadirun
Adma Fuadit Thohiru

Wa Nida'ul Aqsa Bkani
Fajra Wijdani
Wa Dhomirul Ummati Ya Rabbi
Mata Bila Jani

Mujrimun Qolu Li Anni
Arfudhuz Dzullal Kabir
Arfudhul 'Isya Bisumtin
Dhommahul Qahrul Marir

Falyaqulu Ma Yaqulu
Anta Man Arju Ridhoh
Anta Man Ta'lamu Anni
Laka Arkhastul Hayah

Ya Man Ruwait, Bi Dimaika Asyjaral 'Izzati Wal Intisar
In Yasriquka Min Tarikhina, Lan Yanzi'uka Min Sudurina

Ya Syahid Ya Syahid Ya Syahid---------------------------------------------------------------

Terjemahan Oleh : WEWR Entertainment **

Tuanku Oh Tuanku (Untuk Tuhan)

Tuanku sesungguhnya aku adalah musafir
Demi agama aku pasti adalah musafir
Maka Al-Quds memanggil untuk berangkat
Melembutkan hatiku dengan kesucian

Dan panggilan Al-Aqsa membuatkanku menangis
Membangkitkan kewujudanku
Dan diri ummatku wahai Tuhanku
Mati tanpa pembunuhnya

Penjenayah mengatakan kerana aku
Menolak penghinaan yang besar
Menolak hidup berdiam diri
Gabung paksa melewatinya

Maka biarlah mereka mengatakan apa yang mereka kata
Engkaulah yang aku harap keredhaan
Engkaulah yang mengetahui bahawa aku
Demi-Mu aku gadaikan nyawa

Wahai yang diriwayatkan, dengan darahmu
Bertumbuhlah kemuliaan dan kemenangan
Jika mereka mencurimu daripada sejarah kita
Tidak sekali-kali dapat mereka cabut daripada dada-dada kita.

Wahai Syahid (3x)

nasyid best

Ni lagu yang Sakinah sangat suka. Sakinah tahu lagu ni time kat DQ dulu. Nyanyian Sami Yusuf. Best lagu ni. Tajuk Die Hasbi Rabbi. Maksudnye cukuplah Allah bagiku. Die punye video klip buat kat England, India, Turki dengan Mesir sendiri (kat kawasan Tahrir).

Hasbi Rabbi
Album : My UmmahMunsyid : Sami yusufhttp://liriknasyid.com

O Allah the Almighty
Protect me and guide me
To your love and mercy
Ya Allah don’t deprive me
From beholding your beauty
O my Lord accept this plea

CHORUS:Hasbi rabbi jallallah
Ma fi qalbi ghayrullah
My Lord is enough for me,
Glory be to Allah
There is nothing in my heart except Allah

CHORUSHindi:
Wo tanha kaun hai
Badshah wo kaun hai
Meherba wo kaun hai
Who is the only One?
Who is the King?
Who is the Merciful?
Kya unchi shan hai
Uskey sab nishan hai
Sab dilon ki jan hai
Who is the most praised and benevolent?
Whatever you see in this world is
His signHe’s the love of every soul

CHORUSTurkish:
Affeder gunahi
Alemin padisahi
Yureklerin penahi
He is the Forgiver of all sins
He is the King of the universe
He is the Refuge of all hearts
Isit Allah derdimi, bu ahlarimi
Rahmeyle, bagisla gunahlarimi
Hayreyle hem aksam hem sabahlarimi
O Allah hear my sorrows and my sighs
Have mercy and pardon my sins
Bless my night and days

CHORUSArabic:
Ya rabbal ‘alamin
Salli ‘ala Tahal amin
Fi kulli waqtin wa hin
O Lord of the worlds
Send peace and blessings
On Ta-ha the trustworthy
In every time and at every instant
Imla’ qalbi bil yaqin
Thabbitni ‘ala hadhad din
Waghfir li wal muslimin
Fill my heart with conviction
Make me steadfast on this Religion
And forgive me and all the believers

sajak sejarah dulu2

Ni sajak oleh Syed Naquib Al-Attas. Bace dan fahami maknanye.....

Aku melihat dunia hari ini
Orang Islam macam digenggam
Belenggu orang kafir
Akhirat mereka luput
Dunia pun tercicir
Budaya jahil tidak diambil peduli
Melampau-lampau dalam hiburan
Khayalan keterlaluan
Luas.....luas membanjir
Teruk...tak tertaksir orang yang karam
Barus, Singkel, Pasai, Ranir, Cordoba, Baghdad, Andalus
Hilang ....hilang ditelan zaman
Kita lupa semua jawapan persoalan kehidupan
Yang mahir dihafal
Mampukah kita nak jawab di depan Mungkar dan Nakir nanti?
Setengah-setengah orang kata, sejarah ini ibarat pentas bermain wayang
Cerita-cerita lampau dihurai, dipanjang-panjang
Bila tamat diulang ....dan diulang ....ulang kembali
Kalau begitu, takkanlah mustahil
Untuk giliran Islam pula yang mendatang
Tamadun kita yang lama dahulu yang indah gemilang
Hidup semula, kembali segar-bugar terbentang,
Di dunia yang luas.

Kita buatlah penilaian sendiri. Sajak ni mmg betul2 cerita ttg keadaan Islam di seluruh dunia. Lalai berhibur, melampau-lampau. Mungkin diri mereka sendiri tak kenal siapa Tuhan. Peranan kita sangat banyak terhadap masyarakat. Fikir-fikirkanlah!

Monday, April 14, 2008

Muslim sejati.....

Muslim sejati…..
Ape itu muslim sejati. Kita perolehi muslim sejak kita dilahirkan ke? Kalau ibu bapa kita adalah muslim jadi kita automatic muslim ke? Salah tu! Kita jadi muslim apabila kita dah betul2 terima untuk jadi muslim iaitu kita lakukan perintah Allah dan tinggalkan suruhanNya. Bila kita betul2 faham ape maksud islam tu. Kalau bangsa lainlah. Kalau seorang tu bangsa Melayu jadi anak2 die adalah bangsa Melayu sebab keturunan die adalah Melayu. Undang2 Malaysia pulak, kalau orang Melayu adalah automatic agama Islam. Salah Tu! muslim bukan benda yang automatic. Dia adalah satu usaha, buka senang2 dapat. Kalau org tu sendiri nak InsyaAllah akan dipermudahkn. Lainlah kalau ibu dan ayah kita raja dan permaisuri, kita automatic akan jadi putera atau puteri raja. Memang lain sangat! Kalau keluarga kita semua muslim, pakaian muslim, duduk kat surrounding muslim tapi kita tak boleh lagi declare diri kita ni muslim. Sumenya start dengan diri kita. Islam tu ape maksudnye? Islam adalah patuh, taat pada suruhan Allah. Seluruh alam ni dah wala’ pade Allah. Matahari keluar time siang, malam bulan pulak yang muncul. Air sungai tu dari bukit sampai laut. Tapi tinggal ,manusia je yang banyak songeh. Buat hal. Tak nak dengar cakap. Tulah manusia. Macam mane kita nak jadi muslim sebenar? Kita kena ade pengetahuan. Nak jadi rakyat Malaysia boleh tanpa ade pengetahuan ttg perlembagaan Malaysia. Tapi nak jadi Muslim tak boleh suke2 hati. Ape yg perlu kita buat adalah ilmu yg kita ade time sekolah dulu. Yg kite hafal dulu2. Sejak dari sekolah rendah tu.Yang senang cakap di mulu tapi susah nak buat tu. Iaitu lakukan perintah Allah dan tinggalkan suruhan Allah. Ni pun satu lagi hal. Time sekolah rendah kita tahu iman kita secara bertampal2, iman tepek2. Kita hafallah rukun iman ade berapa, rukun Islam ade berape. Pastu lulus exam. Tapi tak jugak jadikan diri kita ni muslim. Bagi kita yang dah tahu ni, kita cuba tingkatkan keimanan kita kepada Allah, perbaiki iman kita yg mane mula2 dulu kita dapat secara bertampal2 tu. InsyaAllah marilah kita same2 cuba perbaiki iman kita setiap hari. Tiap2 hari tanye diri kita kaifa hal imani? Tanye diri kita. Mati bila2 mase je. Kalu exam boleh tangguh2 sebab betape takutnye kita kalau tak abes bace. Tapi exam ni dah tak boleh tangguh. Tak boleh mintak kat Allah nak tangguh mati 2-3 hari. Malah nak sesaat tangguh pun tak boleh. Ni pun satu care untuk kita elakkan diri kita daripada lakukan maksiat. Ingat mati. Org yg sentiase ingat mati adalah orang yang bijak. Die prepare diri die. Bile nak mati dah sedia. Sakinah pun tak sampai tahap tu, tapi kita kena cuba. Lagi satu, untuk elak diri kita daripada lakukan maksiat ni dengan ingat semua yg kita lalui ni nanti kita akan tengok balik. Time kat Padang Mahsyar nanti, kita akan tengok hidup kita balik. Tahukan kalau ape jadi, betapa malunye kita sampai kulit muka, muscle2 jatuh luluh, tanggung betapa malunye kita . Jadi kita berdoa pada Allah minta dijauhkan daripada azab2 Allah di dunia dan juga di Akhirat. InsyaAllah. Wassalam!