Wednesday, April 23, 2008

Assalamualaikum. Sakinah skrg tengah dengar lagu Sahabat Sejati nyanyian UNIC. Lagu tentang sahabatlah. Ade satu part tu dia sebut, “Teman maafkan jika ku melukaimu”. Semua orang faham perkataan ni. Hmmm, terasa jugak. I am not perfect one. Sakinah ade buat salah dengan rakan2. Kadang2 tak sedar. Mulut ni, mungkin ade certain2 mase mengeluarkan perkataan yang tak baik dan mengguriskan hati rakan. Atau pun perbuatan kita terhadap rakan2. Maaf rakan2. Tapi puncanya pun kadang2 memang silap kita. Tapi rasenya daripada pihak lagi satu pun ade jugak (ye, mesti ade). Sahabt2 sume2, maafkan diri Sakinah. Memang ade buat salahpun pada kalian di sepanjang kita berkawan. Maafkanlah sahabatmu ini. Maryam, Ayu, Husna, Huda, Nusaibah, Chep,Mirah Jalil, Teddy, Wani, Ain dan lain2. Manusia ni lemah. Tahap sabar die tak kuat. Kalau Nabi Muhammad S.A.W tu lain. Nabi memang ma’sum. Jadi akan terjadilah benda2 yang tak best. Gaduh, perang dingin, tak tegur2. Hmmm, tapi kalau kita sabar, alangkah baiknya. Allah lebih sayang kat kita kalau kita sabar. Benda yang kita marahkan pun kadang2 ckit je. Himah rendah je. Tak penting pun. Syaitan tu ade je. Suka nak api-apikan orang. Dahlah tengah marah, lagi dia kuat asut manusia. Dalam hadis Rasulullah S.A.W, nabi kata, mereka yang kuat adalah mereka yang dapat menahan marahnya. Nampak tak kenapa ditunjukkan marah tu perlu sangat2 dielakkan. Marah ni bawa keburukan, bukan pada orang lain je pade diri kita pun same (nanti, ABP tinggi, pastu COP pun tinggi jugak, pastu bawa banyak darah memberikan warna merah pada kulit muka ketika marah, hihi23x). Dalam hadis yang lain pun, Rasulullah S.A.W pun ade bersabda, Allah lebih sayangkan mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah. Kuat tu bukan dari segi fizikal je. Dari segi jiwa pun kena highlight jugak. Maksudnya, kalau kita dapat menahan marah kita termasuklah dalam golongan orang yang kuat. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Imran ayat 133 dan 134, maksudnya Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa, iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan. Kat dalam ayat ni, Allah ade mention tentang memaafkan kesalahan orang lain, tergolong dalam orang2 yang bertakwa. Dalam ayat ni pun cerita, cam mane nak dapatkan takwa ni. Rasenya senang ke susah? Mungkin cakap je senang tapi nak aplikasi tu yang payah. Tapi kita takkan nak biarkan macam tu sahaja. Kita kena usaha. Allah pandang pada usaha, dan Allah tak pandang pada natijah. Yang paling penting kita cuba ubah diri kita. Kita hiasi diri kita dengan sifat memaafkan orang lain ni. InsyaAllah, Sakinah pun akan cuba jugak. Kita same2 berusaha. Kita bukan sahaja aplikasikan pada rakan2, malah pada semua orang yang kita kenal. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah berkati usaha kita untuk berubah. Amiiiiin.

1 comment:

Anonymous said...

salam.mis u kinah..
kalo free visit my blog
take care..