Wednesday, April 23, 2008

Assalamualaikum. Hmmm tak tahulah nak cakap macam mane tapi memang sangat homesick skrg. Kalau homesick memang teringat lagu Azimat Ibunda nyanyian Far East. Suka lagu tu. Tentang ibu. Tapi abah pun ingat jugak (abah jangan sedih, yong pun rindu kat abah). Semalam baru dapat elaun. 920USD. Alhamdulillah.Dapat lah bayar duit ibu dengan abah sebab hari tu pinjam dulu untuk beli tiket balik. Tapi before dapat duit takde rase susah pun. Duit ade je. Duit yang ibu bagi pun ade lagi InsyaAllah kat dalam bank. Hari tu tak abes ambik. Sakinah perlu teruskan mujahadah study. Practical Anat banyak kena hafal. Bimbang jugak Physiology written.Tak pelah kita usaha je. Bak kata Kak Hanim, kita buat ape2 ni biar sungguh2. Makan sungguh2, blajar sungguh2 walaupun sampai nak pengsan2. (hihi). Lagi satu setiap ape yang kita lakukan, mesti ade sincerity, correctness, tastefulness and completeness. Usaha kita tu perlu ade 4 benda ni. Barulah Allah boleh nak terima dan kabulkan permintaan kita. Bukan usaha ckit2 je. Harap sangat usaha kita ni sentiasa diiringi redha Allah. Tak nak kita buat ni sia2 saje. Dapat kebaikan kat dunia je. InsyaAllah untuk tabungan hari Akhirat jugak. Kita perlu banyak menyimpan. Bukan hanya untuk bank dunia malah lagi lebih untuk bank Akhirat. Orang Mukmin ni sangat beruntung sebab kuasa membeli dikuasai oleh Allah sendiri. Dahlah Allah yang beri kita nikmat2 yang tak ternilai. Malah Allah nak beli pulak usaha kita dengan syurga. Maksudnya, kalau kita berusaha bersungguh2 dalam mengabdikan Allah S.W.T, Allah akan beli usaha kita tu dengan menawarkan pulak syurga. Nampak tak, kita tak rugi pun. Sebagaimana yang Allah firman dalam Surah At-Taubah ayat 111. Maksudnya, sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalamTaurat , Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah kemenangan yang agung. Tu lah sedikit sebanyak peringatan daripada Sakinah. Dan ini pun untuk diri sendiri jugak.

6 comments:

chepingu @sharifah?? said...

waaa...kinah dah ade blog..isk..nape x bg tau chep nie????

Nawa said...

sakinah as in sakinah skin??!!

wah wah wah

hehe

ikanriang said...

salam. i tagged u :)

faizah said...

salam ramadan sakinah

lama tak jumpa kan

fatal1ty said...

salam..amik course ape kat sane??

JHaZKiTaRo said...

salam dari Dublin.. saje2 je ziarah sini jap.. rajin2, meh laa jenguk2 my blog.. :)